Friday, November 24, 2006
Sunday, November 12, 2006
FROM TAWAU WITH LOVE
Aha....best gila pergi Tawau hari tu. Walaupun tak sempat singgah Kedai Sate Mas AF (sebab tak cukup masa) berbaloi jugalah berjalan jalan meronda ronda bandar Tawau..ulang sekali lagi Bandar Tawau Ok! (saya selalu tersasul cakap pekan Tawau...mengamuk terus si joe). Geng-geng budak Batu 2 memang sporting habis. Walaupun pemalu pemalu semua jejaka jejakanya, tapi sempat juga buat pose macam-macam time sesi bergambar. He he. Thanks a million thanks to Aco (nama panggilan chok) sebab tetap sabar membawa saya dan kawan-kawan meronda ronda mencari "Sayap Ayam Lelek". Adeh....banyak betul tragedinya. Kunjungan pertama saya ke Tawau memang indah. Nasib baiklah duit tak semewah mana. Kalau tidak, dengan periuk belanga sekali saya borong bawa balik.
Itu cerita lain. Cerita pasal Refresher Course (RC) yang membolehkan saya menjejakkan kaki di sini. Alhamdulillah pada segalanya berjalan dengan lancar. Dan saya bertemu lagi dengan mereka mereka yang amat saya sanjungi dan kagumi.. Alang, Hadi, Ah Joe, Najib, Agnes. Tak lupa juga kepada Ghana, Esther, Zaza and Melor. U guys inspire me in many ways. Thanks a lot!
Wait, ada sesuatu yang benar benar buat saya sentiasa bersemangat di sini. Adalah seorang peserta RC ni, nama dalam tag dia 'DATU K'. I am interested with him bukan sebab nak mengada ngada cari pakwe. Cuma muka dia seJIBIK macam my PACI. My godness, tiap masa saya curi curi pandang dia sampai dia perasan. Then saya perasan dia pun macam pandang pandang saya. Agaknya dia nak make sure saya tengah pandang dia or not. Agaknya lah. Saya pun kontrol ayu pura pura preoccupied dengar teori dan metadologi Ghana. Tangan pun konon kononnya lancar saja salin notes. Piirahh!! He he. Tapi betul la, muka dia macam Paci. Oh.., I miss him very much (Paci ok, bukan Datu K)
Apapun, Tawau, saya pasti kembali... Auuuuwwwooooo........!!!!
Monday, September 25, 2006
2 RAMADHAN

Oh.. apa dah jadi dengan azam saya? Lepas baca semua akhbar bahasa melayu online, cepat-cepat saya offline YM. Padahal tangan ni gatal-gatal mahu membalas panjang-panjang message dia. Bila sudah offline, mengada-ngada pula tangan saya ni mahu meng'online'kan YM balik. Akhirnya saya memujuk nafsu dan off komputer. Kebetulan seorang kawan telefon dan minta saya temankan dia pergi membeli-belah barang dapur. Dia lelaki.
Macam semalam, saya berbaris lagi di pasaraya ni untuk beli gula. Lenguh jangan cakap. Beratur hampir setengah jam tapi seorang cuma boleh beli 1kg saja. Dan macam semalam juga, kedai tu bagi gula-gula sebijik. Kali ni cepat-cepat saya masukkan dalam poket seluar. Takut terlalai lagi. Gula tu saya bagi kat kawan tadi sebab rumah dia langsung kehabisan gula. Lagipun saya baris tadi memang untuk tolong dia. Dapatlah juga 2kg hari ni.
Habis membeli-beli dia ajak saya berbuka dekat rumah makcik dia. Saya ikut saja. Dan petang tadi kami berbuka dengan cucur udang campur telur dan mee 1.30 dari pasar malam.
Hari ini saya tidak pergi terawikh. Semalam pun tidak. Dan Kemarin dulu pun tidak. Kehadiran=0
Sunday, September 24, 2006
RAMADHAN 1427
Semalam saya ada terima satu SMS dari seorang kawan:
"Kalau hati teringin nak buat jahat, tanya pada Iman. Pasti Iman kata tak boleh. Jangan tanya Aiman nanti dia kata, 'Aiman tak kisah'."
Tersenyum-senyum saya lepas itu bila teringatkan peristiwa masa dekat kem dulu. Ada seorang pelatih yang namanya Fazali Bin Sad. Tapi disebabkan dia selalu sangat menggunakan "Aiman tak kisah", orang panggil dia dengan nama Aiman. Akhirnya, saya sendiri hampir-hampir lupa nama asal dia dan ada juga orang yang lupa terus nama dia. He-he, kuat betul aura Aiman.
Thursday, September 21, 2006
IKAN JERUNG VS BERUDU
Dan dia juga telah membunuh seekor 'ikan jerung' kerana dia telah memicit-micit perut dan mencucuk-cucuk mata dan menarik-narik kaki ikan itu. Banyak kali kami beritahu itu cuma seekor berudu tapi banyak kali juga dia tidak peduli. Dan lepas itu dia bertanya kenapa ikan jerung dia macam rupa katak.
Tuesday, September 19, 2006
DRAF-DRAF-DRAF
Lain-lain hal, saya sudah delete nombor Paci. Mungkin ini langkah yang perlu saya ambil supaya apabila saya tekan-tekan handphone, saya tidak nampak namanya dan tidak tekan 'call' macam yang selalu saya buat. Baru tadi saya lekatkan poster lukis sendiri 'Orang tak hendak, jangan terhegeh-hegeh' dekat pintu bilik. Bersungguh-sungguh nampaknya saya kali ini.