Wednesday, July 19, 2006

MONTOYA

Minat saya pada F1 makin hari makin susut. Mula-mula dulu sebab J.P Montoya dan Ralf Schumacher sudah berlainan pasukan. Jadi tumpuan saya kepada pasukan F1 sudah terbahagi dua. Itu tidak apa. Tapi bila saya asyik tertinggal beberapa tayangan live F1, hati saya mula kendur. Kerja saya sekarang tidak mengizinkan saya berlenggang-kangkung menonton tv sambil makan nasi macam yang selalu saya buat di rumah.

Dan sebab itu juga, saya tidak berminat lagi masuk mana-mana forum pasal F1. Malu rasanya mengaku peminat setia F1 sekarang sedangkan banyak berita terkini F1 saya tidak tahu.

Tapi saya tetap peminat Montoya. Gambar-gambar dia masih saya kumpul dan simpan. Cuma saya tidak lagi buat 'super impose antara aku dan dia' yang dulu menjadi rutin saya. Tapi yang buat saya terkilan kenapa dia keluar dari F1 dan masuk Nascar. I mean NASCAR...??? Walaupun duit dia tiada kaitan dengan saya tapi.. ish.. !

Sunday, July 02, 2006

HATIKU DI HARAJUKU

1 Julai 2006 saya beli buku ni. Kalau anda tidak sukakan thriller, buku ni memang membosankan. Tapi siapa yang ingin cuba membacanya, saya jamin buku ni memang best

Sejarah dan budaya Jepun memang banyak terkandung dalam novel terbaru Ramlee Awang Murshid ni. Baca tajuk pun sudah tahu. Sekarang ni saya dah berangan-angan mahu pegi Jepun pulak. Berangan sajalah, duit PTPTN pun tak lepas.

Macam novel-novel dia sebelum-sebelum ini, saya mesti mahu 'ter..mahu' jatuh cinta dengan hero cerita tu. Dalam Hatiku di Harajuku, saya memang sudah jatuh cinta dengan Ryu-Watanabe a.k.a Risham. Ramlee memang bijak mengolah ayat sehinggakan ayat yang tidak romantis pun kita boleh rasa keromantisannya. Kisah cinta dalam novel-novel beliau cuma dalam 20% saja tetapi impaknya dapat dirasai sehingga ke muka surat terakhir. Trust me on this!

Dan seperti novel-novel beliau sebelum ni, saya tidak pernah berfikir dua kali membayar harga RM19.90 untuk novel beliau dan saya tidak pernah menyesal selepas itu.