SAYA DAN DIA
Tiba-tiba fikir macam ni. Lebih baik koma daripada menghadapi saat-saat itu. Perut rasa memulas-mulas. Badan tiba-tiba jadi sejuk yang amat. Kaki menggeletar. Rasa loya dan macam-macam rasa lagi. Yang pasti, ianya suatu rasa yang tidak sedap dan sangat-sangat tidak bagus. Kebetulan pula, penyelamat untuk itu tidak berada di hadapan mata atau sekurang-kurangnya beberapa langkah ke kiri, kanan atau belakang. Sungguh! Saya lebih sanggup koma. Pengsan pun jadilah..
Hari ini saya berhadapan dengan malaun ni. Seorang diri. Tanpa ada sebarang penyelamat di sekeliling. Rasa macam mahu menangis. Tadi sudah buang, takkan mahu buang lagi. Di tempat ini? (Saya berada di tengah-tengah kelas bersama kawan-kawan lain, dan Mr Murphy tengah bagi lecture). Muka saya dah merah padam. Badan sejuk menggila. Nak tak nak saya mesti keluar dari sini. Saya sanggup tinggalkan apa-apa sahaja daripada terus mengizinkan malaun itu menyeksa diri ini. Tanpa segan dan silunya saya berdiri dan terus keluar dengan berhati-hati agar malaun itu tidak terkejut dan panik lalu menumpahkan cecair itu di merata-rata.
Sambil berjalan dengan cepat dengan muka masam, mulut terkumat-kamit memohon pada Allah, mudahan saya masih mampu berjumpa dengan' dia'. Cepat-cepat saya keluarkan coin 20 sen bila terlihat signboard 'Tandas Awam'. Syukur pada Allah.
Sampai dulu dan sekarang dan sampai bila-bila pun, saya memang ttiak suka dengan CB ni (cb stand for cirit birit).

2 Comments:
bulan baik ni, banyak2 saba
Salam..
selamat datang ke dunia blogger...
jangan bunuh semut itu..
~semutzapi~
Post a Comment
<< Home