BUDAK BAJU MERAH
Saya pergi sawah hari ini. Masa balik tadi saya nampak seorang budak perempuan makan keropok atas pokok lampun*. Berfikir-fikir saya, tingginya dia panjat.
Saya suruh budak tu turun. Takut pula tengok dia panjat tinggi-tinggi. Bila dia turun, dia bergayut-gayut dulu pada ranting dan terus lompat.
Saya tengok muka dia, banyaknya ngingil*. T-shirt warna merah terang, seluar pendek warna merah juga, kaki ayam, dan mulut penuh keropok. Kenang-kenang balik zaman saya budak-budak, lebih kurang saja rupa saya dengan budak di depan ni. Bezanya, saya ada lastik sangkut di leher.
Saya tegur budak tu, "Bah...nanti ko kena bubut* itu sapi. Siapa suruh kau pakai baju merah". Saya cakap begitu sebab di depan kami ada sekumpulan lembu. Sesuatu yang saya tidak sangka, budak perempuan tu pergi kacau mak lembu dan anak-anaknya sekali.
Dengan saya-saya sekali kena kejar.
lampun = durian belanda
ngingil = daki
bubut = kejar
TERIKAT JANJI
Selamat Bertunang Naszri ~ Nazneen
Segamat, Johor
BAGAIKAN PUTERI
Ramlee Awang Murshid (RAM) adalah salah seorang penulis kegemaran saya selain daripada Ahadiat Akashah dan Shamsiah Mohd Nor. Tapi novel-novel RAM memang satu kegilaan buat saya.
Selepas membaca MANDATORI, saya semacam ketagih untuk terus membaca karya beliau. Apa yang pasti RM 19.90 yang saya laburkan memang berbaloi.
Novel terbaru beliau BAGAIKAN PUTERI tinggal sikit saja untuk saya habiskan. Satu yang saya tidak faham....kenapa saya selalu saja 'terjatuh cinta' dengan hero dalam cerita yang saya baca..? Oh! Laksamana Sunan.... I'm gonna miss u!
YUSRY ~ ERRA
Kasih ini, semoga abadi...
SAYA-TIDAK-SUKA-NAIK-BAS-!
Bukanlah saya mengada-ngada tidak mahu naik bas. Cuma saya meluat+menyampah+benci tengok para 'supirman' yang perasan bawa bas bagai nak terbang. Agaknya mereka ni teringin mahu berlakon dalam filem Superman Returns. Tidak pun Harry Potter...? Cehhh..
Kalau *dia fikir nyawa dia sungguh tidak bernilai, janganlah sampai membahayakan nyawa 12 penumpang lain dalam bas tu. Saya masih lagi terbayang-bayang badan ni berpusing 90 darjah bila bas yang saya naik tu membelok selekoh. Bukan gila namanya tu? Kemudian, bila saya marah-marah dan merungut-rungut, boleh lagi supirman tu ketawakan saya! Agaknya dia dengar saya nyanyi lagu enjit-enjit semut.
* Tidak berkaitan dengan yang hidup ataupun mati. Tapi kalau ada yang terasa pedas, pandai-pandailah cari coke di kedai...
TIGA BERUANG
Saya suka sangat tengok drama Korea 'FULL HOUSE'. Pertama sebab heroinnya cantik, kedua rumah yang cantik, ketiga ada cerita arnab dan kura-kura dan paling saya suka sebab ada lagu 3 beruang.
Saya pun tidak pasti berapa kali saya ulang tayang cd episod 5. Nampak comel sangat Han Ji En masa dia menyanyi lagu 3 beruang tu. Dalam episod 9, nenek Yeung Zhi pula nyanyi lagu tu sebab mahu pujuk Ji En yang merajuk. Lagi episod 10, Yeung Zhi nyanyi lagi untuk pujuk Ji En. Lagu tu macam untuk pujuk orang pula. Bila dengar lagu tu, saya rasa lucu dan mahu ketawa saja..
Dan yang paling saya tidak sangka, Paci telefon saya semata-mata mahu nyanyikan lagu 3 beruang untuk saya. Terharu pula rasanya bila dengar dia menghafal lagu tu sepanjang malam! Seperti yang dijangka, saya ketawa bagai tak ingat dunia sampai kawan-kawan satu ofis pandang saya macam mahu telan. Miahhehehehe...
F1 IS BACK..!
Toro Rosso? Siapa dia tu? Doktor..? Lawyer..? Majistret..? Ahli Musik..? Saya pun baru tahu. Rupa-rupanya team F1 baru untuk season 2006. Asalnya team Minardi. Lagi satu team baru, Midland (1st Russian Racing team). Yang ini dibeli dari Jordan Grand Prix team. Hmm.. kalau saya banyak duit saya pun mahu membeli pasukan. Tapi saya mahu beli Kelab Real Madrid sebab ada David Beckham. Oh ya! Saya memang suka rambut Beckham, stylo. Eh, kenapa masuk bola pula.Welcome back to Nick Heidfeld. Akhirnya dia balik jugak ke pangkuan Sauber Petronas. Rasanya memang itu team yang benar-benar sesuai dengan dia.Tahniah juga kepada Alex Yoong sebab berjaya tamatkan perlumbaan dalam A1 racing di Afrika Selatan, Ahad lepas. Fairuz Fawzy..? Memang saya kecewa dia kahwin awal.
Anyway, Formula 1 is back!!! Pushing the limits..!