Tuesday, February 14, 2006

TIGA BERUANG

Saya suka sangat tengok drama Korea 'FULL HOUSE'. Pertama sebab heroinnya cantik, kedua rumah yang cantik, ketiga ada cerita arnab dan kura-kura dan paling saya suka sebab ada lagu 3 beruang.

Saya pun tidak pasti berapa kali saya ulang tayang cd episod 5. Nampak comel sangat Han Ji En masa dia menyanyi lagu 3 beruang tu. Dalam episod 9, nenek Yeung Zhi pula nyanyi lagu tu sebab mahu pujuk Ji En yang merajuk. Lagi episod 10, Yeung Zhi nyanyi lagi untuk pujuk Ji En. Lagu tu macam untuk pujuk orang pula. Bila dengar lagu tu, saya rasa lucu dan mahu ketawa saja..


Dan yang paling saya tidak sangka, Paci telefon saya semata-mata mahu nyanyikan lagu 3 beruang untuk saya. Terharu pula rasanya bila dengar dia menghafal lagu tu sepanjang malam! Seperti yang dijangka, saya ketawa bagai tak ingat dunia sampai kawan-kawan satu ofis pandang saya macam mahu telan. Miahhehehehe...


1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

nim.. nim.. hebat la blog ko, aku senyum sorang2..sengih sorang tau.. wish u luck, n drean come true... aku pun minta giler ngan lagu 3 beruang tue.. before aku putus ngn ex bf aku, dia nyanyi lagu tu tuk aku ms besday dia 05 sept 06.. terharu sangat2 tapi bila dia menghilangkan diri begitu sj, lagu tue membuatkan air mata aku menitis..

1:38 PM  

Post a Comment

<< Home