Wednesday, June 14, 2006

SUBHANALLAH...

6:00 pagi
Alhamdulillah.. akhirnya dengan motivasi diri sendiri, saya berjaya akhirnya menjejakkan kaki di puncak Gunung Kinabalu. Cakap-cakap kawan termasuk rakan pendaki yang mengatakan diri saya ni kecil dan tak mampu, saya buat tidak tahu saja.

Rombongan pendaki kami yang asalnya 10 orang, hanya tinggal 5 orang saja yang bertahan sehingga ke puncak. Syukur Alhamdulillah, semuanya selamat. Dan dari atas saya nampak 'dia' yang selalu merendah-rendahkan saya terkapus-kapus melihat saya dengan bangganya mengibarkan-ngibarkan banner yang telah disponsor oleh Mr Q.

Puas!...Puas kerana berpeluang melihat keindahan alam ciptaan Allah dari sudut yang berbeza. Subhanallah..!



GOODBYE HAME

Semalam majlis penutupan PLKN Kump 2, Siri 3/2006. Saya sudah siap pack barang untuk dibawa balik. Kucing-kucing (Teratai, Salem, Bulat, Hame) yang menginap di bilik saya turut saya bungkus bawa balik. Kasihannya mak diorang terpinga-pinga melihat saya mengendong anak dia masuk dalam kereta. Kejamnya saya memisahkan anak dengan ibunya.

Perjalanan dari Kem Kubena, Sipitang ke KK mengambil masa 2 jam lebih. Van Kem yang kami tumpang ni boleh tahan juga lajunya. Kucing yang 4 ekor itu saya biarkan saja melompat-lompat di dalam van. Bila penat mereka akan naik ke riba saya untuk tidur. Seronok saya tengok gelagat mereka. Tiba-tiba paha saya jadi panas dan basah. Rupa-rupanya si Hame kencing. Cepat-cepat saya minta driver singgah di stesen minyak sebab bau sudah mula memenuhi ruang van. Dan si Hame sambung tidur dengan nyenyaknya selepas itu. Di riba saya juga.

Tiba di Palm Beach Papar, saya singgah di rumah kawan untuk tinggalkan si Hame dengan dia. Memang sudah awal-awal lagi perancangan kami seperti itu. Katanya dia mahu hadiahkan si Hame kepada teman lelakinya yang juga gilakan kucing. Bukan sedikit ciuman terakhir saya kepada si Hame sebelum saya lepaskan dia. Sampai terbatuk-batuk.

Akhirnya saya dan anak-anak selamat sampai di rumah hampir jam 9 malam. Teksi yang kami naik sedikit perlahan dari biasa. Mungkin sebab terlalu berkabus. Dan malam itu rumah saya bertambah 3 orang ahli baru.. :)

Thursday, June 01, 2006

ALAHAI...

Saya ambil cuti 28 Mei - 1 Jun 2006. Saja cuti panjang-panjang sebab kononnya mahu siapkan projek burn-memburn. Tidak sangka pula cuti tu langsung tidak mencukupi untuk businesswoman (adada...) macam saya ni. Habislah. Hari ini, jam ini, minit ini, saat ini ..Khamis, 1 Jun 2006, jam 4:08 pagi, masih ada berpuluh-puluh keping cd lagi yang belum sempat dibakar. Menyesal pula hari itu ambil order banyak-banyak. Terlampau over-confident agaknya saya hari itu.

Kalau dikatakan saya ni dapat kurang 24 jam, memang gila. Terfikir-fikir saya kenapa kerja tidak siap-siap. Mungkin saya terlampau asyik menonton tv. Drama bersiri sekarang ni best-best. Malin Kundang, Mentari Jingga. Belum masuk lagi World Cup dan Formula One. Waaah... patutlah masa tidak cukup.

Untuk menaikkan semangat menyiapkan order, saya lekat motto 'Struggle for the best!' (motto kat dorm masa form 3). He-he-he.

Akhirnya saya mengupah 4 orang pekerja dan adik bongsu untuk membantu menyiapkan tempahan cd.

Moral of the story:
Ukur baju di badan sendiri