Wednesday, June 14, 2006

GOODBYE HAME

Semalam majlis penutupan PLKN Kump 2, Siri 3/2006. Saya sudah siap pack barang untuk dibawa balik. Kucing-kucing (Teratai, Salem, Bulat, Hame) yang menginap di bilik saya turut saya bungkus bawa balik. Kasihannya mak diorang terpinga-pinga melihat saya mengendong anak dia masuk dalam kereta. Kejamnya saya memisahkan anak dengan ibunya.

Perjalanan dari Kem Kubena, Sipitang ke KK mengambil masa 2 jam lebih. Van Kem yang kami tumpang ni boleh tahan juga lajunya. Kucing yang 4 ekor itu saya biarkan saja melompat-lompat di dalam van. Bila penat mereka akan naik ke riba saya untuk tidur. Seronok saya tengok gelagat mereka. Tiba-tiba paha saya jadi panas dan basah. Rupa-rupanya si Hame kencing. Cepat-cepat saya minta driver singgah di stesen minyak sebab bau sudah mula memenuhi ruang van. Dan si Hame sambung tidur dengan nyenyaknya selepas itu. Di riba saya juga.

Tiba di Palm Beach Papar, saya singgah di rumah kawan untuk tinggalkan si Hame dengan dia. Memang sudah awal-awal lagi perancangan kami seperti itu. Katanya dia mahu hadiahkan si Hame kepada teman lelakinya yang juga gilakan kucing. Bukan sedikit ciuman terakhir saya kepada si Hame sebelum saya lepaskan dia. Sampai terbatuk-batuk.

Akhirnya saya dan anak-anak selamat sampai di rumah hampir jam 9 malam. Teksi yang kami naik sedikit perlahan dari biasa. Mungkin sebab terlalu berkabus. Dan malam itu rumah saya bertambah 3 orang ahli baru.. :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home