Friday, August 25, 2006

T.L.D.M

Khidmat Komuniti semalam kami pergi ke Penjara Kepayan dan TLDM Sepanggar.

Penjara memang menakutkan. Walaupun saya tidak melalui kehidupan seperti banduan-banduan itu, namun melihat mereka dari jauh membuatkan tekak saya loya dan seperti mahu menangis. Saya sungguh tidak sanggup melihat banduan-banduan wanita yang ada di sana. Ada yang masih muda dan ada pula yang sudah lanjut usia. Paling memilukan apabila ada banduan yang melahirkn anak di sini. Teringin juga saya mahu tahu atas kesalahan apa mereka masuk ke dalam ini. Tapi faktor keselamatan tidak membenarkan kami menghampiri. Kami juga berpeluang menyaksikan rakaman hukuman sebat yang dijalankan di Penjara Kajang. Masyaallah...melihat itu saya benar-benar insaf. Mudah-mudahan saya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang memberatkan dosa.

Tengahari itu kami makan di Tanjung Lipat. Selepas makan dan solat di Masjid berhampiran, kami bertolak ke lokasi seterusnya di TLDM Sepanggar. Best memang Best. Dapat menyaksikan kapal-kapal perang Tentera Laut. Kumpulan saya dibawa melawat KD Kasturi. Dan sehingga masa berakhir tempoh lawatan kami masih di KD Kasturi. Pelatih-pelatih dalam kumpulan saya sudah merungut-rungut mahu berpindah ke kapal lain tapi saya buat-buat tidak dengar. Selamba saja saya katakan kepada mereka kapal lain pun sama juga dengan kapal ini. Nasib juga Ketua Kapal En. Shamsul yang hensem giler tu mengiakan kata saya.

Akhirnya mereka dapat mengesan kenapa saya tidak mahu berpindah ke kapal lain. He-he-he


Wednesday, August 23, 2006

KENANGAN TERINDAH atau DEALOVA..?

Pagi tadi saya ada Peperiksaan Khas memasuki Pentadbiran Awam. Saya baru saja balik dari kampung 2 hari lepas. Semalam lepas kerja saya balik kampung lagi semata-mata untuk exam ini. Teringat-ingat saya SMS dari kakak yang menyampaikan pesanan mama 'wajib balik'. Saya ambil cuti sehari dan sebab itu petang tadi lepas exam saya terus berkejar naik bas terakhir ke KK.

Saya tiba di Stesen Bas Bandaran lebih kurang pukul 7:30 malam. Sebelum itu saya sudah menelefon Paci minta hantar pergi Kem nanti. Dan dia jemput saya tepat pada masa dengan kancil comelnya. Rasa bersalah timbul tenggelam dalam diri saya. Pandai-pandai saja menyusahkan orang suruh jemput. Entah-entah dia ada program yang lebih penting. Saya pun satu, tak tanya dulu dia free atau sibuk. Tapi muka dia macam ok saja. Jadi saya pun buat-buat muka kesian. Agaknya hodoh amat wajah saya waktu itu.

Dan dengan mulut tak kontrol, saya cakap dengan dia saya terlampau lapar. Macam bengis saja bunyinya. Lebih mengharukan, dia sanggup lagi temankan saya makan di restoran berhampiran. Saya pesan mee goreng daging, dia tidak pesan apa-apa. Saya tengok dia, dia cakap dia sudah makan. Saya nyanyi-nyanyi lagu Dealova, dia nyanyi-nyanyi lagu Samsons-Kenangan Terindah. Tapi macam ada yang tidak kena saja. Dia nyanyi lagu Samsons tapi bunyinya macam Dealova. Puas juga dia memikir dan lagu 'Kenangan Terindah' dia tetap dengan versi 'Dealova'. Dan kami ketawa saja tapi masih tidak puas hati. Akhirnya saya telefon adik bongsu yang memang gilakan lagu ini.

Kami tinggalkan restoran itu dengan masih menyanyi-nyanyi lagu tu dan sepiring mee goreng daging yang terlalu masin. Dan macam selalu, paci belanja.

Saya selamat tiba di kem sebelum pukul 9 malam. God Bless you, Paci.