Friday, August 25, 2006

T.L.D.M

Khidmat Komuniti semalam kami pergi ke Penjara Kepayan dan TLDM Sepanggar.

Penjara memang menakutkan. Walaupun saya tidak melalui kehidupan seperti banduan-banduan itu, namun melihat mereka dari jauh membuatkan tekak saya loya dan seperti mahu menangis. Saya sungguh tidak sanggup melihat banduan-banduan wanita yang ada di sana. Ada yang masih muda dan ada pula yang sudah lanjut usia. Paling memilukan apabila ada banduan yang melahirkn anak di sini. Teringin juga saya mahu tahu atas kesalahan apa mereka masuk ke dalam ini. Tapi faktor keselamatan tidak membenarkan kami menghampiri. Kami juga berpeluang menyaksikan rakaman hukuman sebat yang dijalankan di Penjara Kajang. Masyaallah...melihat itu saya benar-benar insaf. Mudah-mudahan saya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang memberatkan dosa.

Tengahari itu kami makan di Tanjung Lipat. Selepas makan dan solat di Masjid berhampiran, kami bertolak ke lokasi seterusnya di TLDM Sepanggar. Best memang Best. Dapat menyaksikan kapal-kapal perang Tentera Laut. Kumpulan saya dibawa melawat KD Kasturi. Dan sehingga masa berakhir tempoh lawatan kami masih di KD Kasturi. Pelatih-pelatih dalam kumpulan saya sudah merungut-rungut mahu berpindah ke kapal lain tapi saya buat-buat tidak dengar. Selamba saja saya katakan kepada mereka kapal lain pun sama juga dengan kapal ini. Nasib juga Ketua Kapal En. Shamsul yang hensem giler tu mengiakan kata saya.

Akhirnya mereka dapat mengesan kenapa saya tidak mahu berpindah ke kapal lain. He-he-he


0 Comments:

Post a Comment

<< Home