Friday, December 09, 2005

ANIM AND THE GOBLET OF FIRE

Har-har-har.. (ketawa mengada-ngada!)

Terima kasih kepada DY yang menaja tiket filem ni. Antara semua siri cerita Harry Potter, saya paling sukakan yang ini. Action dan adventure dalam filem ini mengatasi siri-siri yang lain. Sampai terjerit-jerit saya menonton filem ini. Dy yang duduk di sebelah saya mengadu tangan saya asyik memukul-mukul bahunya semasa dalam panggung. Sampai begitu sekali reaksi saya bila menonton filem ini. Seolah-olah saya berada bersama-sama Harry dan rakan-rakannya mengharungi segala cabaran. Ini salah satu kebaikan menonton filem di panggung. Skrin besar dan bunyi gred A, ditambah dengan filem yang hebat membuatkan saya seperti tidak mahu keluar dari sana.


Keburukan menonton di panggung pula apabila berhadapan dengan manusia tak reti bahasa. Apa perasaan anda jika sekiranya anda sedang khusyuk menonton, tiba-tiba ada telefon bodoh yang berbunyi nyaring dan ada pula suara-suara sumbang yang menjawab "hello" dengan kuatnya seolah-olah dia sedang berada di tapak pembinaan. Benda-benda sebegini memang mampu menaikkan 'hangin' termasuk saya sendiri.

Balik kepada cerita Harry Potter, malam tu Harry masuk dalam mimpi saya. Konon-kononnya dia ganti tempat saya dalam Triwizard Challenges semata-mata kerana tidak mahu saya tercedera. Dalam mimpi saya seolah merasakan semua elemen dan kesan animasi yang ada dalam filem tersebut. Yang lucunya, ada satu part di mana Harry nak-nak-nak cium saya, dan saya terjaga. Oh..! Sayang sungguh!

Moral of the story :
Jangan terlampau banyak dengar cerita dongeng..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home